Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Monday, April 20, 2015

PdP Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

PdP Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Salah satu TMK yang boleh dijadikan bahan bantu PdP ialah laman-laman web berbahasa Melayu.
  • Abtar (1999), pembelajaran berasakan web merujuk kepada penggunaan sistem-sistem rangkaian untuk mempelajari isi kandungan, mencapai tahap kognitif dan memperoleh kemahiran pencarian maklumat.
  • Rosenberg ( 2001), aplikasi web dalam PdP merujuk kepada penggunaan teknologi internet dalam membuat penyelesaian mengakses maklumat ke arah mempertingkat pengetahuan dan prestasi.

Kelebihan PdP berasaskan TMK
  • Guru tidak lagi bergantung semata-mata kepada buku teks dan buku-buku rujukan tambahan dalam merancang proses PdP.
  • Para pelajar tidak lagi bergantung kepada guru dan buku teks sebagai ilmu mereka.
  • Guru dan pelajar boleh mengakses maklumat yang diingini dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
  • Laman web kini seolah-olah menjadi perpustakaan alternatif bagi sebilangan pelajar (Irfan Naufal, 2003). 

Aspek penting bagi pengajaran berasaskan web ialah keperluan terhadap interaktif antara:-

  1. Guru dengan pelajar
  2. Pelajar sesama pelajar
  3. Pelajar dengan laman web itu sendiri

  • Pelajar boleh berkomunikasi dengan pelajar dari negara lain.



Menurut Ryder dan Hughes( 1997), dua jenis tuntutan yang dikenakan terhadap guru dan pelajar apabila menggunakan internet sebagai alat PdP iaitu:-

  1. Pelajar dikehendaki mempunyai kemahiran melayari internet
  2. Pelajar tahu bagaimana hendak menilai maklumat yang diperoleh dan memuat turun fail (laman web) tersebut untuk dijadikan bahan PdP.

Beberapa pengkaji tempatan dan luar negara melaporkan bahawa PdP berbantukan laman web membantu guru dan pelajar dari segi:

  1. Membantu guru menyediakan rangka PdP, memaparkan isi pengajaran dan memberi ruang kepada pelajar untuk membuat rujukan mengikut masa yang sesuai.
  2. Menyajikan proses pembelajaran yang fleksibel dan secara bebas.
  3. Bahan-bahan PdP di dalam web boleh digunakan pelajar pada bila-bila masa yang mereka mahu.
  4. Pelajar boleh mengawal sendiri proses pembelajaran semasa belajar secara atas talian.

Kesimpulan 

Internet merupakan laluan bagi sumber maklumat kerana melaluinya maklumat yang banyak dan sentiasa berkembang dengan pesatnya disebarkan dengan pantas kepada pengguna. Kecepatan proses ini membolehkan pelajar menggunakan web dan perkara ini boleh mengurangkan bebanan guru dari segi jumlah masa mengajar. Pembelajaran secara atas talian memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut kebolehan sendiri sama ada cepat atau lambat. Justeru, amatlah merugikan jika guru Bahasa Melayu tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan teknologi internet dalam PdP Bahasa Melayu. 

No comments:

Post a Comment