Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Friday, April 17, 2015

Penglibatan sepanjang di SMK Seri Bedena


Pada minggu pertama saya mula mendaftarkan diri sebagai guru praktikal, saya dan rakan-rakan yang lain telah diamanahkan oleh pengetua untuk menjadi pembantu guru penasihat dan guru pengiring bagi Pertandingan Inovasi Peringkat Daerah yang diadakan di Pusat Kegiatan Kokurikulum Sabak Bernam. SMK Seri Bedena telah memenangi tempat ketujuh daripada 14 buah sekolah yang turut bertanding dalam pertandingan ini. Kenangan bersama-sama guru tetap dan pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini tidak akan saya lupakan dan merupakan antara kenangan manis saya sewaktu di SMK Seri Bedena. :)


Hari Sukan Sekolah SSB 2014 antara kenangan manis yang telah tercipta apabila saya dipilih menjadi guru pembantu yang diamanahkan untuk membantu pelajar dalam persembahan perbarisan. Lebih menggembirakan lagi apabila rumah sukan hijau iaitu rumah sukan 'Tun Abdul Razak' telah dinobatkan johan dalam acara perbarisan dengan temanya 'We Save Gaza'. 


Satu lagi kenangan manis saya apabila menjadi pembantu guru penasihat dalam Kelab Kadet Remaja Sekolah. Pada 29, 30 dan 31 Ogos, SSB telah menganjurkan perkhemahan perdana peringkat sekolah dengan disertai oleh para pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Perkhemahan yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini telah disambut dengan baik oleh warga SSB. Apa yang membanggakan, Kadet Remaja Sekolah telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dan juga sebagai badan beruniform terbaik dengan memenangi pelbagai acara seperti Johan pertandingan memasak, naib johan persembahan koir dan Johan mencipta Gadget. Kenangan terpaling indah ini tidak akan saya lupakan kerana selama 3 hari 2 malam ini saya tidur bersama-sama mereka di sekolah dan lebih rapat dengan para pelajar SSB.  


No comments:

Post a Comment