Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Monday, April 20, 2015

PdP Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

PdP Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Salah satu TMK yang boleh dijadikan bahan bantu PdP ialah laman-laman web berbahasa Melayu.
  • Abtar (1999), pembelajaran berasakan web merujuk kepada penggunaan sistem-sistem rangkaian untuk mempelajari isi kandungan, mencapai tahap kognitif dan memperoleh kemahiran pencarian maklumat.
  • Rosenberg ( 2001), aplikasi web dalam PdP merujuk kepada penggunaan teknologi internet dalam membuat penyelesaian mengakses maklumat ke arah mempertingkat pengetahuan dan prestasi.

Kelebihan PdP berasaskan TMK
  • Guru tidak lagi bergantung semata-mata kepada buku teks dan buku-buku rujukan tambahan dalam merancang proses PdP.
  • Para pelajar tidak lagi bergantung kepada guru dan buku teks sebagai ilmu mereka.
  • Guru dan pelajar boleh mengakses maklumat yang diingini dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
  • Laman web kini seolah-olah menjadi perpustakaan alternatif bagi sebilangan pelajar (Irfan Naufal, 2003). 

Aspek penting bagi pengajaran berasaskan web ialah keperluan terhadap interaktif antara:-

  1. Guru dengan pelajar
  2. Pelajar sesama pelajar
  3. Pelajar dengan laman web itu sendiri

  • Pelajar boleh berkomunikasi dengan pelajar dari negara lain.



Menurut Ryder dan Hughes( 1997), dua jenis tuntutan yang dikenakan terhadap guru dan pelajar apabila menggunakan internet sebagai alat PdP iaitu:-

  1. Pelajar dikehendaki mempunyai kemahiran melayari internet
  2. Pelajar tahu bagaimana hendak menilai maklumat yang diperoleh dan memuat turun fail (laman web) tersebut untuk dijadikan bahan PdP.

Beberapa pengkaji tempatan dan luar negara melaporkan bahawa PdP berbantukan laman web membantu guru dan pelajar dari segi:

  1. Membantu guru menyediakan rangka PdP, memaparkan isi pengajaran dan memberi ruang kepada pelajar untuk membuat rujukan mengikut masa yang sesuai.
  2. Menyajikan proses pembelajaran yang fleksibel dan secara bebas.
  3. Bahan-bahan PdP di dalam web boleh digunakan pelajar pada bila-bila masa yang mereka mahu.
  4. Pelajar boleh mengawal sendiri proses pembelajaran semasa belajar secara atas talian.

Kesimpulan 

Internet merupakan laluan bagi sumber maklumat kerana melaluinya maklumat yang banyak dan sentiasa berkembang dengan pesatnya disebarkan dengan pantas kepada pengguna. Kecepatan proses ini membolehkan pelajar menggunakan web dan perkara ini boleh mengurangkan bebanan guru dari segi jumlah masa mengajar. Pembelajaran secara atas talian memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut kebolehan sendiri sama ada cepat atau lambat. Justeru, amatlah merugikan jika guru Bahasa Melayu tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan teknologi internet dalam PdP Bahasa Melayu. 

Pengenalan Diri Panel

Pengenalan tentang diri panel 3.
Nurqatrunnada Haryanti Bt Abd Basir.
D20111047615
Semester 8.
ISMP Bahasa Melayu dengan Kepujian

          PENGLIBATAN DI UNIVERSITI
  • Rakan Exco Kebajikan & Kemasyarakatan Kolej Za’ba sesi 2011/2012 dan sesi 2012/2013
  • Fasilitator Kursus Kepimpinan Kokurikulum SMKDZM 2012 (Fasilitator Bitara UPSI)
  • Event Crew & Performer in Longest Non-Stop Musical Performance December 2012
  • AJK Program Gerak Lasak ke Lata Kekabu, Lenggong, Perak 2012 (Kelab Wira Mahasiswa)
  • AJK PDI Perkhemahan Pandu Puteri Siswi II di SK Sinaran Budi, Rawang November 2013 

         PENGLIBATAN DI SEKOLAH


  • Guru pengiring Pertandingan Hari Projek Inovasi Sekolah Peringkat Daerah
  • Urusetia /Statistik Kejohanan Olahraga antara Rumah-rumah Sukan 2014
  • Penjaga masa Kejohanan Olahraga antara Rumah-rumah Sukan 2014
  • AJK Aktiviti Perkhemahan Perdana 2014
  • Pembantu guru penasihat rumah sukan Hijau
  • Pembantu guru penasihat Kadet Remaja Sekolah
  • Pembantu guru penasihat Kelab Bahasa Melayu
  • Pembantu guru penasihat Kelab Bola Tampar

#Pembentangan Seminar


Pembentangan Seminar Refleksi Latihan Mengajar bakal diadakan pada 22 April 2015 jam 10.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Bangunan E-Learning 10, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Saya selaku ahli panel kumpulan 6 dan akan bergabung dengan kumpulan 7. Tajuk pembentangan Seminar kami ialah Pengintegrasian Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan Pelaksanaan dan Penyebaran Inovasi Pendidikan di Sekolah. 

Budaya ICT di Sekolah

Video ini diambil daripada S.T.A.R Ipoh, Perak tentang budaya penggunaan ICT di sekolah.
Selamat menonton. :)

Video PdP Menggunakan Teknologi

Video di atas menunjukkan contoh penggunaan teknologi dalam PdP di dalam kelas. 

Saturday, April 18, 2015

Friday, April 17, 2015

Penglibatan sepanjang di SMK Seri Bedena


Pada minggu pertama saya mula mendaftarkan diri sebagai guru praktikal, saya dan rakan-rakan yang lain telah diamanahkan oleh pengetua untuk menjadi pembantu guru penasihat dan guru pengiring bagi Pertandingan Inovasi Peringkat Daerah yang diadakan di Pusat Kegiatan Kokurikulum Sabak Bernam. SMK Seri Bedena telah memenangi tempat ketujuh daripada 14 buah sekolah yang turut bertanding dalam pertandingan ini. Kenangan bersama-sama guru tetap dan pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini tidak akan saya lupakan dan merupakan antara kenangan manis saya sewaktu di SMK Seri Bedena. :)


Hari Sukan Sekolah SSB 2014 antara kenangan manis yang telah tercipta apabila saya dipilih menjadi guru pembantu yang diamanahkan untuk membantu pelajar dalam persembahan perbarisan. Lebih menggembirakan lagi apabila rumah sukan hijau iaitu rumah sukan 'Tun Abdul Razak' telah dinobatkan johan dalam acara perbarisan dengan temanya 'We Save Gaza'. 


Satu lagi kenangan manis saya apabila menjadi pembantu guru penasihat dalam Kelab Kadet Remaja Sekolah. Pada 29, 30 dan 31 Ogos, SSB telah menganjurkan perkhemahan perdana peringkat sekolah dengan disertai oleh para pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Perkhemahan yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini telah disambut dengan baik oleh warga SSB. Apa yang membanggakan, Kadet Remaja Sekolah telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dan juga sebagai badan beruniform terbaik dengan memenangi pelbagai acara seperti Johan pertandingan memasak, naib johan persembahan koir dan Johan mencipta Gadget. Kenangan terpaling indah ini tidak akan saya lupakan kerana selama 3 hari 2 malam ini saya tidur bersama-sama mereka di sekolah dan lebih rapat dengan para pelajar SSB.  


Kenangan Bersama 2A SMK SERI BEDENA :)


Ini pula pelajar-pelajar kesayangan saya Tingkatan 2A.. 34 orang semuanya.. pelbagai kerenah.. cikgu rindu kalian... :')


"Farewell party" sebelum tamat latihan mengajar.. :)


L.O.V.E
Kejutan daripada pelajar-pelajar 2A..
5 orang sahabat karib ni yang selalu menghiburkan hati saya di dalam kelas..
Nana, Suzana, Nadia, Farisya dan Yasmin..
Cikgu rindu kamu semua....... <3


Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah SMK Seri Bedena 2014..
Kemana-mana sahaja mereka sentiasa bersama.. :)


Riak kesedihan jelas tergambar di wajah mereka tatkala guru bahasa Melayu kesayangan mereka tidak akan lagi mengajar mereka pada hari-hari seterusnya. :')

Kenangan bersama pelajar 4SI 1 di SMK SERI BEDENA :)



Kenangan sewaktu mengajar di 4SI1 di SMK Seri Bedena Sg. Besar. Saya mengajar subjek Bahasa Melayu. Kenangan sepanjang 16 minggu bersama mereka tidak dapat saya lupakan.






Sedikit jamuan ringan untuk para pelajar tingkatan 4SI 1 dan juga rakan-rakan praktikal di SMK Seri Bedena. Alhamdulillah ramai juga yang dapat hadir.. terima kasih semua sudi hadir ke rumah cikgu yan.. :)


Friday, March 8, 2013

Kenangan di Tanah Tinggi!









Inilah antara kenangan-kenangan bersama family yg tercinta sewaktu kami bercuti ke Cameron Highland.. 24-25/3 2012.. hehehe.. excited giler sbb first time g sini.. mmg best tmpt ni.. sejuk pon sejuk... bile kitorg g pasar malam Brinchang, kebetulan waktu tu baru lepas gerimis, bile kitorg bercakap, agak batak skit tgk mulut keluar asap! haha.. balik hotel pon badan menggigil jew.. sejuk sgt2.. smpai bgn pagi pon rambut jd keras sbb mcm duduk dalam peti ais.. sungguh! kenangan di Cameron ini xmgkin aku akan lupakan.. :) Pengalaman lain yg aku dpt ialah aku melawat ke kilang pemprosesan teh Boh.. mmg sgt2 gayat bile nak naik ke atas sane sbb jalan sgt sempit dan curam.. smpai pening2 aku dibuatnyew..huhu.. dekat sini jgk la tmpat shooting Ombak rindu! wah.. kelas kau jahhhh!.. huhu.. lepas tu pulak aku pegi melawat ke ladang strawberry tmpat cerita Vanilla Coklat shooting.. mmg excited giler aku ajak abg aku suruh g situ.. huhu.. abg aku pon bwk la jgk aku ke situ.. bile lagi kan nak pegi.. dah alang2.. hehe.. Aku post cerita ni sbb aku rindu pada abah aku bile tgk2 gambar ni td.. huhuhuhu.. miss u abah...

#kepada sesiapa yg belum pernah pergi Cameron, pergi la... xrugi pon.. best sgt! lebih2 lagi klu pergi dgn family.. :)

The Gorgeous Rivera!



Marian Rivera! The most beautiful woman in the world i've ever seen.. i love her so much.. she has a pretty eyes, gorgeous smile, and also a versatile actress from philipines... she was a France-Philipines mix.. no wonder she has a million fans around the world.. including me! :) i admit that i've used my nickname Yan Rivera because of her.... huhuhu

My besty until Jannah!



Nur Fara Hana............

Ini lah kawan baik saya dari sekolah menengah lagi... comel kan dye??? :) Miss her so much.. Kitorang selalu lepak same2.. ngeteh same2... gosip same2... hehehe.. Nama samaran dye KUTIL.. hehe.. kelakar kan bunyinye?? tp itu lah panggilan utk dye yg aku panggil dan lekat smpai sekarang.. smpai parents aku n adik beradik aku pon panggil dye kutil.. sian dyer... hehe.. tp dye asyik senyum n sokong ape2 je yg aku buat... proud to know her... :) hope we still be friends forever.... love u kutil! :) mmmmuuuuaaahhh....

Monday, March 4, 2013

Tulang ikan di tekak!

Hye guys.. i've something sad story wanna share.. today i got a little accident.. huuuuuu... :(
Seriously, it was a disaster for me.. it so pain.. very pain.. "bak kate org Melayu, tercekik tulang ikan".. how come it happen to me????? OMG.. until now i still can't focus whatever i do.. mcm mana yer nak hilangkan tulang ikan yg tersangkut kat anak tekak ni?? mmg ade org kate telan sekepal nasi n whatever something yg keras2.. n mcm2 aku da cube.. agaknye tulang ikan ni besar sgt kot.....

#juz a little sad story wanna share with u guys.. thanks 4 read it.. pray me will be better soon.. really hope..#