Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Seminar Refleksi Latihan Mengajar

Monday, April 20, 2015

#Pembentangan Seminar


Pembentangan Seminar Refleksi Latihan Mengajar bakal diadakan pada 22 April 2015 jam 10.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Bangunan E-Learning 10, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Saya selaku ahli panel kumpulan 6 dan akan bergabung dengan kumpulan 7. Tajuk pembentangan Seminar kami ialah Pengintegrasian Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan Pelaksanaan dan Penyebaran Inovasi Pendidikan di Sekolah. 

Budaya ICT di Sekolah

Video ini diambil daripada S.T.A.R Ipoh, Perak tentang budaya penggunaan ICT di sekolah.
Selamat menonton. :)

Video PdP Menggunakan Teknologi

Video di atas menunjukkan contoh penggunaan teknologi dalam PdP di dalam kelas. 

Saturday, April 18, 2015

Friday, April 17, 2015

Penglibatan sepanjang di SMK Seri Bedena


Pada minggu pertama saya mula mendaftarkan diri sebagai guru praktikal, saya dan rakan-rakan yang lain telah diamanahkan oleh pengetua untuk menjadi pembantu guru penasihat dan guru pengiring bagi Pertandingan Inovasi Peringkat Daerah yang diadakan di Pusat Kegiatan Kokurikulum Sabak Bernam. SMK Seri Bedena telah memenangi tempat ketujuh daripada 14 buah sekolah yang turut bertanding dalam pertandingan ini. Kenangan bersama-sama guru tetap dan pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini tidak akan saya lupakan dan merupakan antara kenangan manis saya sewaktu di SMK Seri Bedena. :)


Hari Sukan Sekolah SSB 2014 antara kenangan manis yang telah tercipta apabila saya dipilih menjadi guru pembantu yang diamanahkan untuk membantu pelajar dalam persembahan perbarisan. Lebih menggembirakan lagi apabila rumah sukan hijau iaitu rumah sukan 'Tun Abdul Razak' telah dinobatkan johan dalam acara perbarisan dengan temanya 'We Save Gaza'. 


Satu lagi kenangan manis saya apabila menjadi pembantu guru penasihat dalam Kelab Kadet Remaja Sekolah. Pada 29, 30 dan 31 Ogos, SSB telah menganjurkan perkhemahan perdana peringkat sekolah dengan disertai oleh para pelajar tingkatan 1,2 dan 4. Perkhemahan yang diadakan selama 3 hari 2 malam ini telah disambut dengan baik oleh warga SSB. Apa yang membanggakan, Kadet Remaja Sekolah telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dan juga sebagai badan beruniform terbaik dengan memenangi pelbagai acara seperti Johan pertandingan memasak, naib johan persembahan koir dan Johan mencipta Gadget. Kenangan terpaling indah ini tidak akan saya lupakan kerana selama 3 hari 2 malam ini saya tidur bersama-sama mereka di sekolah dan lebih rapat dengan para pelajar SSB.  


Kenangan Bersama 2A SMK SERI BEDENA :)


Ini pula pelajar-pelajar kesayangan saya Tingkatan 2A.. 34 orang semuanya.. pelbagai kerenah.. cikgu rindu kalian... :')


"Farewell party" sebelum tamat latihan mengajar.. :)


L.O.V.E
Kejutan daripada pelajar-pelajar 2A..
5 orang sahabat karib ni yang selalu menghiburkan hati saya di dalam kelas..
Nana, Suzana, Nadia, Farisya dan Yasmin..
Cikgu rindu kamu semua....... <3


Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah SMK Seri Bedena 2014..
Kemana-mana sahaja mereka sentiasa bersama.. :)


Riak kesedihan jelas tergambar di wajah mereka tatkala guru bahasa Melayu kesayangan mereka tidak akan lagi mengajar mereka pada hari-hari seterusnya. :')

Kenangan bersama pelajar 4SI 1 di SMK SERI BEDENA :)



Kenangan sewaktu mengajar di 4SI1 di SMK Seri Bedena Sg. Besar. Saya mengajar subjek Bahasa Melayu. Kenangan sepanjang 16 minggu bersama mereka tidak dapat saya lupakan.






Sedikit jamuan ringan untuk para pelajar tingkatan 4SI 1 dan juga rakan-rakan praktikal di SMK Seri Bedena. Alhamdulillah ramai juga yang dapat hadir.. terima kasih semua sudi hadir ke rumah cikgu yan.. :)